1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
must read their blog...!
-
-
No Words...11 years ago
-
muKe+gELaGat XckuP tiDo00o0o...13 years ago
-
da berabuk da..13 years ago
-
syg dye & dye & dye sgt214 years ago
-
paberet posted!!
-
sabtu, 2 july. maklong : kaw da boleh lom bawak kete tuh? bile nak test nye? asl lambat sgt kaw blaja? aisyah aka aku : lambat lagi test. 1...
-
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kam...
-
cm kelakar jek tajuk entry kali nie an.... x pasal2 bulu ketiak masuk dlm entry blog aku... ermmm...... sebenar nye aku ade satu kemusykil...
-
Nama : Muhammad Rafiuddin Bin Rozali No Matrix : 06 DTP 09 F1103 No IC : 910124-01-???? Alamat : Taman Seri Permai, Gemas siapakah gerangan ...
-
AM I ARROGANT??? huh...! dlm pale nie slalu memikirkan aku nie sombong sgt ker? aku bukan nyer sombong sebenarnye... cume aku suke tgk gelag...
-
aku benci pada orang penipu...! ckp nk tunggu aku konon.... ckp x curang konon.... ckp x de sape2 konon.. tuh la alasan yang lelaki selal...
-
Maaf kerana sudah lama tidak meng'update' kerana masa mencemburi saya.... ;) Kini saya akan activekan balik blog saya yang da sekia...
-
wah aku terasa bangga la sbb aku da berjaya me'remove' kengkawan lelaki kat FB yang mane2 x berkenaan dengan idup aku da.... akhir n...
-
skunk dlm dilemma la.. mne 1 jd pujaan hati... ramai yg mintak kapel... antarenye... 1.mohd hafiz(ex time f1) 2.mohd arif(dak puo) 3.aizudin...
-
1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang? alat mekap... =) kalu xder alat mekap aku x ley kuar umah... 2. Benda yang terakhir kor...
1 comment:
aku suka post sejak akhir-akhir nih wahai ica !
hhaha ..
teruskan berblogginggg ..
aku suker nak baca ;))
Post a Comment